My Followers :D

Sunday, 9 September 2012

GULA-GULA HATI SAYA


Assalamualaikum.. Kali ni Nisya nak cerita mengenai gula-gula hati Nisya.. Siapa ya orangnya  tu??..Jeng jeng jeng.. Jawapannya ialah ayah dan ibu saya.. Selepas Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W, mereka berdualah yang berada pada carta tertinggi dalam hati saya… Bukan Carta Hati nyayian Najwa Latif ya.. heehheehe...Meh sini Nisya cerita serba sedikit mengenai ayah dan ibu Nisya..  Nama sebenar ayah Nisya ialah En. Abdul Jalil bin Ibrahim.. Berumur 55 tahun..Seorang yang tegas dan berdisiplin tinggi.. Kalau kami adik beradik buat salah or nakal, ayah tak akan teragak-agak untuk memarahi kami.. Anak manja ke anak kesayangan ke, semuanya  ayah marah.. Tak adanya nak berkompromi kalau dalam hal-hal macam ni.. Tapi Nisya tahu yang garang ayah adalah untuk menjadikan anak-anaknya orang yang berguna dan berjaya.. kalau nak cerita mengenai ayah ni, rasanya 3 purnamapun tak habis-habis.. hihihi.. Oklah.. Sekarang ni Nisya nak bercerita mengenai Ibu Nisya pula.. Ibu bernama Halida binti Ahmad.. Berumur 53 tahun.. Seorang yang penyayang.. Susah nak tengok ibu marah.. Tapi kalau ibu dah start marah, Nisya kena get ready telinga untuk dengar semua bebelan ibu.. Tapi Nisya tak kisahpun sebab Nisya tahu yang ibu sayangkan Nisya.. Sebab tu la dia membebel… Ibu seorang yang serba boleh.. Dari A to Z, semuanya ibu yang buat sendiri.. Nak tahu tak satu cerita??. Dulu masa Nisya sekolah rendah, Nisya lemah dalam subjek BI.. So, bila Nisya nak buat homework BI, ibulah yang jadi cikgu dan kamus Nisya.. Kalau bab-bab masakan pula, ibu memang superb la.. Kalah masakan kat hotel 5 bintang tu.. Apapun, ibu adalah ibu terbaik dalam hidup Nisya.. Sayang ibu..

Inilah ayah dengan ibu Nisya.. Nisya bangga
sebab ada ayah dan ibu yan hebat..


Selepas ayah dan ibu, adik beradik Nisya adalah orang yang penting dalam hidup Nisya.. Nisya ada 4 orang adik beradik.. 2 orang abang dan 1adik perempuan.. 
Yang sulung ialah Mohd. Shafiq bin Abdul Jalil.. Nisya panggil dia Along…  Along berumur 23 tahun.. Masih lagi belajar di Kolej RISDA, Melaka dalam jurusan Pengurusan Landskap.. Along kalau kat luar adalah seorang yang pendiam, tapi kalau kat rumah, dia seorang yang “banyak cakap”.. Bila dia cuti sem, kecoh rumah dibuatnya..hihihihi....Yang kedua pula Nisya panggil Angah.. Nama di beri Muhammad Harith bin Abdul Jalil.. Seorang yang tegas macam ayah juga.. Tapi Nisya manja dengan dia.. Masih lagi belajar di UiTM Perlis dalam jurusan Sains Sukan.. Berumur 21 tahun.. Angah seorang yang tak kisah.. Dia tak marah pun kalau Nisya guna barang-barang dia.. Kadang-kadang Nisya guna je T-Shirt dia kalau nak pergi mana-mana.. Sebab badan dan ketinggian dia lebih kurang macam Nisya juga..And last sekali ialah adik Nisya.. Nama adik ialah Khairun Sofea binti Abdul Jalil.. Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga.. Berumur 14 tahun.. Seorang adik yang manja dan aktif dalam bidang sukan dan akademik…  Adik ni jenis yang suka aktiviti lasak.. Sama macam Nisya.. Kami juga berkongsi minat dan hobi yang sama.. Lagi-lagi kalau bab makan.. Mesti kami orang pertama yang “belasah” makanan tu..hihihihi.. Tapi badan still maintain lagi ea.. Tak gemuk, tak kurus.. Sedang-sedang je..


Angah dan Along Nisya.. 
satu-satunya adik yang Nisya ada..




Saturday, 8 September 2012

Alhamdulillah.. (^_^)


Alhamdulillah.. huh!!  Lega rasanya sebab akhirnya dapat juga Nisya buat blog ni.. Thanks kepada my classmate,  Anuar a.k.a Kemut sebab ajar macam mana cara nak buat blog... Tanpa bantuan dia rasanya blog “Masam Manis Kehidupan” tak akan wujud… Sebenarnya dah lama Nisya simpan hasrat nak memiliki “diary on9” ni.. Tapi disebabkan masalah-masalah yang tertentu, Nisya tangguhkan dulu hasrat tu.. Tapi alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya 8 September 2012 menjadi saksi lahirnya blog yang diberi nama “Masam Manis Kehidupan”….  Disebabkan Nisya masih lagi baru, jadi banyak lagi benda yang Nisya perlu belajar.. Insyaallah dari masa ke semasa, Nisya akan upgrade lagi blog ini.. Semoga blog ini dapat menjadi medan untuk Nisya bekarya.. Cewahh!! Hihihihi.. (=